AIR MATA KESYUKURAN KELUARGA ALIA

Bantuan Komputer Riba untuk Pelajar Cemerlang

Kg Banggol Che Dol, 28 September 2021

Alhamdulillah, sukarelawan The 3rd Force Pasir Mas, Kak Lah telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan sebuah komputer riba dan pencetak kepada Adik Alia yang sama-sama kita santuni beberapa hari yang lalu.

Semoga beliau dapat memulakan kuliahnya di UMP dengan lebih sempurna dan bersungguh-sungguh. Kedua Alia dan ibunya tidak dapat menahan sebak gembira diatas kebaikan yang kita sama-sama usahakan ini.

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/411205170372507

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Semoga Tuan dan Puan juga dilimpahkan dengan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka, dan berterusan dalam rahmatNya, amin.   

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     


No items found.