BANTUAN BEKALAN DAPUR UNTUK SEBULAN

Ibu tunggal anak lima terima bantuan

13 September 2021 | Rantau Panjang, KELANTAN

Sukarelawan The 3rd Force Rantau Panjang telah selamat menyampaikan sumbangan bahan mentah dapur kepada Puan Wati yang sama-sama kita bantu.

Wati merupakan seorang balu anak lima. Beliau juga menjaga ibunya yang berumur 70 tahun yang mengidap penyakit darah tinggi dan sawan. Kelima-lima anaknya berumur di antara 13 ke 2 tahun. Suami meninggal lima bulan yang lalu.

Peti sejukbeku disumbangan supaya beliau dapat menyimpan bahan mentah keperluan dapur yang yang didermakan untuk tempoh sebulan oleh seorang hamba Allah yang pemurah.

Ikuti kisah freezer seperti yang diceritakan oleh sukarelawan kita Kak Mah di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/398309694995388

Kisah awal keluarga Wati https://www.facebook.com/rajashamri/posts/395101305316227

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

No items found.