BANTUAN KAKI PALSU

Remaja OKU jalani 'fitting' kaki

Kota Bharu, 12 September 2021

Hari ini sukarelawan The 3rd Force Pasir Mas telaha membawa Azizuddin untuk melakukan ‘fitting’ kaki palsunya yang baharu di Nusa Prosthetic. Sesi ini perlu dalam proses memadankan kaki palsu tersebut agar lebih selesa dipakai dan mengikut ukuran penerima.

Kaki ini kini hampir siap dan InsyaAllah akan diserahkan kepada Azizuddin pada hari Sabtu ini. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya anak muda ini menerima bantuan kaki palsu yang sudah lama diperlukan.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana, serta para sukarelawan yang telah sama-sama menginfakkan masa, tenaga, harta serta tidak putus-putus berdoa untuk Azizuddin dan juga para OKU lain di luar sana. Semoga ALLAH memberkati.  

Kisah penuh Azizuddin https://www.facebook.com/rajashamri/posts/381958596630498

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.


#jomjadiorangbaikbaik     

No items found.