BANTUAN KEPADA KELUARGA TUKANG GUNTING

Kemiskinan tidak patut halang cita-cita

21 September 2021 | Rantau Panjang, Kelantan

Hari ini Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri berkesempatan menyantuni Adik Wani, salah seorang remaja asnaf yang dibantu oleh The 3rd Force.

Bapanya En Ahmad Zainun menyara hidup keluarga dengan membuka sebuah kedai gunting rambut kecil-kecilan. Wani mendapat tawaran ke USM Pulau Pinang tetapi tidak berkemampuan disebabkan kemiskinan dan masalah jantung.

Abang Raja mengajak semua untuk bersama-sama bantu keluarga ini. Kita akan sama-sama bantu kedai gunting En Ahmad serta keperluan pembelajaran atas talian untuk Wani. Semoga dengan sumbangan dan doa semua, kita dapat menyempurnakan pendidikan, kediaman serta naiktarafkan kehidupan mereka.

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/406228627536828

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik    

No items found.