BANTUAN PERALATAN MEMASAK

Sumbangan untuk Adik Hakim dan Ibu

12 September 2021 | Kanchong Darat, Selangor

Team 3rd Force Selangor telah menyampaikan sumbangan orang ramai kepada ibu tunggal Puan Suhana dan anaknya adik Hakim.

Sumbangan merupakan sebuah peti ais, dapur memasak dan tong gas untuk kegunaan Puan Suhana dalam menyediakan makanan jualan sebagai pendapatan utama keluarga ini. 

Adik Hakim merupakan pelajar cemerlang SPM 2020. Beliau akan melanjutkan pengajian A-level dan seterusnya menyambung pengajian ke luar Negara dalam bidang ekonomi di bawah tajaan Petronas.

Pihak kami juga telah menyampaikan sedikit wang pembelanjaan untuk kegunaan adik Hakim bagi persediaan pengajian beliau. Sama-samalah kita doakan kejayaan Adik Hakim dalam usahanya membina masa depan yang lebih baik untuk keluarga dan tanahair.

Puan Suhana mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Wan kerana sudi membantu kami untuk memudahkan segala urusan.

#jomjadiorangbaikbaik 

No items found.