BANTUAN UNTUK ASNAF KURANG UPAYA DI PANGKOR

Bantuan Susu & Lampin

13 September 2021 | Pulau Pangkor

Alhamdulillah, para sukarelawan The 3rd Force PANGKOR telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan bantuan susu dan lampin pakai buang kepada Encik Kamarulzaman di Kg Teluk Kecil. Beliau merupakan asnaf OKU yang menghidap penyakit hati dan kencing manis. Kesihatan beliau bertambah teruk beberapa bulan yang lalu.

Beliau juga memerlukan bantuan berbentuk vitamin tambahan serta kerusi commode beroda (seperti di dalam gambar) untuk memudahkannya mengurus dan membersihkan diri. Encik Kamarulzaman tinggal bersendirian dan dibantu oleh jiran tetangga.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. 

Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik    

No items found.