BASIKAL UNTUK ANAK PEREMPUAN SULUNG PENYARA KELUARGA

Anak yatim terima bantuan

20 September 2021 | Jerteh

Alhamdulillah, para sukarelawan The 3rd Force telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk membelikan sebuah basikal kepada Adik Haliza untuk kegunaannya berulang-alik keluar mencari nafkah untuk keluarga.

Haliza merupakan anak sulung yang bekerja dengan pendapatan yang tidak menentu untuk menyara tiga orang adik dan ibunya. Haliza terpaksa menempuh perjalanan jauh dengan berjalan kaki untuk pergi bekerja. Namun ini tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki.

Ayah haliza telah meninggal beberapa tahun yang lepas menyebabkan haliza perlu mengganti ayahnya dengan menggalas tanggungjawab menyara keluarga.

Haliza seorang anak yang baik dan menghormati orang tua walaupun pendidikan tidak tinggi. Haliza terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran sejak kematian ayahnya. 

Hari ini Haliza menangis gembira. Beliau tidak menyangka masih ada orang yang baik-baik yang sudi membantu beliau dan keluarganya.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sama-sama kita doakan agar Haliza dan keluarganya tabah menghadapi segala dugaan, dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka.

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik    


No items found.