BERKONGSI REZEKI DENGAN ANAK-ANAK

The 3rd Force Sabah Kongsi Rezeki

27 September 2021 | Semporna, Sabah

Alhamdulillah, para sukarelawan The 3rd Force SABAH telah selamat menyempurnakan amanah untuk berkongsi 100 biji burger kepada anak-anak di Semporna.

Sama-sama kita cetuskan sedikit kegemmbiraan kepada mereka yang tidak berkemampuan. Mungkin makanan seperti burger ini kecil dan biasa bagi kita, namun besar maknanya kepada mereka ini. Kita menyumbang bukan sekadar makanan, tetapi kasih sayang dan pengharapan itulah yang lebih bermakna.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. 

Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga Allah memberkati semua.  

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/The3rdForceSabah

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     

No items found.