BILAL MUDA TERIMA SUMBANGAN

Bantuan Pendidikan untuk Wafiq


Alhamdulillah, sukarelawan The 3rd Force telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan peralatan belajar atas talian kepada Adik Wafiq yang bertugas sebagai bilal sambilan untuk membiayai kos sambung belajar di UMS.

Adik Wafiq menerima mesin cetak, modem serta telefon pintar.

Kisahnya telah kita viralkan dan beliau sendiri tidak menyangka bantuan akan datang segera.

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/424263352400022

Kami mengajak semua untuk sama-sama mendoakan semoga perjuangan adik Wafiq dalam mencari ilmu dipermudahkan dan diberi kejayaan.

Terima kasih kepada Tuan Puan para penyumbang di luar sana yang sentiasa bersama-sama dalam membantu kerja-kerja kemanusiaan ini. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     


YAYASAN RAJA SHAMRI 

BIMB - 030 900 100 66 340   

No items found.