BINA BILIK MANDI UNTUK KHAIRUL ANUAR

Ayuh Bantu Khairul


Alhamdulillah, Kak Mah sukarelawan The 3rd Force Rantau Panjang telah berpeluang menyantuni sebuah keluarga asnaf di Kampung Batu Karang, Pasir Mas, Kelantan.

Pasangan En Abdullah (61) dan Norhaila (55) ini mempunyai sembilan orang anak dan salah seorang daripadanya istimewa OKU bernama Khairul Anuar, berumur 21 tahun. Dijaga penuh kasih sayang oleh ibunya. Beliau tinggal di sini bersama dua beradik yang lain.

Kita becadang untuk membina sebuah tandas yang lebih sempurna untuk Khairul, disamping meringankan beban harian keluarga dalam menguruskan beliau.

Kami mengajak semua untuk sama-sama suburkan saham akhirat dengan membantu anak syurga ini. 

Ikuti kisah keluarga ini seperti yang diceritakan oleh Kak Mah di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/433406484819042

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     

YAYASAN RAJA SHAMRI 
BIMB - 030 900 100 66 340

No items found.