GOTONG-ROYONG BINA TELAGA TIUB UNTUK NIK AMAL

Sinar baharu untuk keluarga miskin

Alhamdulillah kita telah selesai menggerudi sebuah telaga tiub untuk kegunaan gerai makan Nik Amal, seorang pengusaha makanan yang sama-sama kita bantu untuk kembali berniaga setelah sekian lama terhenti akibat pandemik COVID-19.

Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersyukur dengan kebersamaan pelbagai pihak dalam membantu melancarkan kerja-kerja kebajikan ini. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar manfaat kebaikan dapat dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukan.  

Harapan kita adalah supaya Nik Amal dapat membina perniagaan dan seterusnya menambahbaik kehidupan. Bukan sekadar sebagai penerima yang amanah, bahkan akan berterusan memperbaiki taraf hidup sehingga berupaya membantu orang yang lain pula. 

Bantuan Pembangunan Keusahawan B40 diberikan kepada asnaf yang layak yang sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan hidup serta bersungguh-sungguh dalam membina perniagaan mereka. Para sukarelawan setempat mengenalpasti keluarga dan invidividu yang layak menerima melalui siasatan dan penilaian komitmen asnaf. Ini sangat penting dalam memastikan segala bentuk bantuan dapat memberikan impak positif kepada penerima dan amanah penderma diminimakan penyalahgunaanya.

Di antara bentuk bantuan yang diberikan kepada asnaf yang menepati syarat ialah Mesin Pemerah Tebu, Mesin Pengadun Kek/UIi, Enjin Kompressor untuk bengkel, motosikal roda tiga untuk bawa barang (cholley), peti sejuk beku, mesin jahit serta pelbagai lagi.

Harapan kita adalah supaya para penerima dapat membina perniagaan dan seterusnya menambahbaik kehidupan. Bukan sekadar sebagai penerima yang amanah, bahkan akan berterusan memperbaiki taraf hidup sehingga berupaya membantu orang yang lain pula. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian. #jomjadiorangbaikbaik     

No items found.