KELAS TUISYEN ANAK PRIHATIN

Membantu anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran

KELAS TUISYEN ANAK PRIHATIN


Mengenangkan nasib anak-anak di pedalaman yang ketinggalan dalam pelajaran dan buta huruf disebabkan tidak dapat ke sekolah semenjak PKP, Third Force Rantau Panjang telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas tuisyen percuma kepada anak-anak prihatin di bawah seliaan mereka.


Bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, seramai 20 orang anak-anak prihatin telah hadir ke depot Third Force Rantau Panjang untuk mengikuti kelas yang dikendalikan sendiri oleh Aishah, anak prihatin kita sama-sama bantu untuk ke UPSI tahun lepas. In sha Allah kelas ini akan diteruskan setiap hari Jumaat dan Sabtu.


Tahniah kepada Kak Mah dan semua sukarelawan yang terlibat. Terima kasih buat semua orang baik-baik di luar sana yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan kepada gerak kerja kemanusiaan yang kita jalankan.


Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik 

No items found.