KERUSI RODA BAHARU UNTUK ENCIK NIZAM

OKU terima bantuan

10 September 2021 | PPR Desa Rejang, Setapak

Sebuah kerusi roda yang baharu telah disumbangkan kepada Encik Nizam, seorang OKU yang mengalami kecacatan kaki dan kurang pendengaran. Beliau hidup sebatang kara di Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Kerusi roda ini bagi manggantikan yang telah rosak. Ianya hasil sumbangan para penderma prihatin yang sentiasa bersama dalam kerja-kerja kebajikan ini.

Sukarelawan The 3rd Force Selangor juga memberi sedikit wang saku kepada beliau.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik    



No items found.