KOMPUTER RIBA DAN PERALATAN BELAJAR UNTUK PELAJAR ASNAF

Bina Masa Depan Melalui Pendidikan


Kak Lah sukarelawan The 3rd Force Pasir Mas telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan tiga buah komputer riba beserta pencetak kepada tiga orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Mereka adalah:

1. Mohammad Shah Idham Mohd Ridwan, Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Nurul Balqis Arifin, Kolej Matrikulasi Kelantan

3.Nur Nadira Bahari, Kolej Matrikulasi Kelantan.

Program Bantuan Pendidikan adalah salah satu inisitif penyuntik semangat kepada pelajar yang ingin cemerlang dalam pendidikan tetapi terpaksa menerima takdir kemiskinan bahawa keluarga tidak berkemampuan. Bantuan ini merangkumi penyediaan peralatan belajar, pembayaran yuran kemasukan secara penuh atau separuh, elaun bulanan serta bentuk bantuan lain yang bersesuaian.

Kita berharap agar ia dapat memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk turut serta mencapai impian mereka dalam usaha membina masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

#jomjadiorangbaikbaik

No items found.