KOMPUTER RIBA UNTUK ADIK AIN

Usaha Bina Masa Depan

Para sukarelawan The 3rd Force Tanah Merah telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan sebuah komputer riba kepada Adik Ain di Bukit Panau.

Adik Ain akan memulakan pembelajarannya di  UiTM Machang secara atas talian.

Program Bantuan Pendidikan adalah salah satu program bantuan di bawah seliaan Yayasan Raja Shamri. Projek yang dicetuskan oleh Abang Raja ini mengambil tauladan daripada kesusahan anak-anak ingin cemerlang dalam pendidikan tetapi terpaksa menerima takdir kemiskinan bahawa keluarga tidak mampu untuk menampung keperluan pembelajaran hari ini yang banyak bergantung kepada teknologi atas talian. 

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/410494143776943

Semoga bantuan kita ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini. 

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. 

Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga Allah memberkati semua.  

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     


No items found.