KOMPUTER RIBA UNTUK FARHAYU

Serahan komputer buat pelajar universiti

Bantuan komputer riba merupakan salah satu bentuk bantuan yang dicetuskan oleh YM Dr Raja Shamri, melihat kesusahan anak-anak yang ingin cemerlang dalam pendidikan tetapi tidak mampu untuk menampung keperluan pembelajaran hari ini yang sangat banyak bergantung kepada teknologi atas talian. 


Sukarelawan 3rd Force Pasir Mas, Kak Lah telah menyerahkan sebuah komputer riba serta mesin pencetak kepada adik Farhayu semalam. Adik Nur Farhayu Hame Azizon adalah pelajar semester pertama dalam program Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.


Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, orang baik-baik di luar sana yang sentiasa cakna terhadap nasib pendidikan anak-anak yang tidak berkemampuan.


Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik


YAYASAN RAJA SHAMRI

BIMB - 030 900 100 66 340

No items found.