Modem Untuk Pelajar Tajaan YRS

Bantuan untuk kelas atas talian


Pasir Mas, 31 Oktober 2021

Hari ini 3rd Force Pasir Mas telah selesai mengagihkan modem kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam. 

Pelajar-pelajar ini telah menerima sumbangan komputer riba dan pencetak sama ada daripada orang ramai ataupun Yayasan Raja Shamri di bawah program Bantuan Pendidikan YRS.

Kami juga telah menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai yang telah diinfaqkan oleh orang baik-baik di luar sana.

Anak-anak kita ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penyumbang dan YRS dan mendoakan agar semua penyumbang dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Mereka inilah yang akan mencorakkan masa depan negara nanti. Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka.



No items found.