OKU TANGAN SEBELAH PERLU BANTUAN

20 tahun masih guna tangan sama

Johan Tan ialah seorang OKU yang tiada tangan kiri sejak kecil dan tinggal di Wakaf Bharu bersama anak perempuan dan menantunya. 

Beliau sudah berusia 70 tahun dan tidak bekerja sejak PKP 1.0 lagi. Beliau menerima bantuan dari JKM setiap bulan namun tidak dapat menampung keperluannya untuk membeli beras, lauk, pembayaran rumah sewa dan kenderaan pada setiap bulan.

Menantunya hanya bekerja sebagai drebar lori, dan pendapatannya tidaklah begitu banyak.

Johan Tan ingin meminta sumbangan tangan palsu, berikutan tangan lama sudah dipakai selama 20 tahun. Tangan palsu beliau juga sudah buruk, perlu diikat dengan kain. Sudah beberapa kali tangan palsu beliau tercabut akibat longgar. 

Jika Johan Tan dapat memakai tangan palsu yang baru Johan Tan berhasrat untuk kembali mencari rezeki dengan menjual kelepek di sekitar Kota Bharu untuk menambah pendapatannya kembali.

Jom bantu Uncle Johan Tan!

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik     


YAYASAN RAJA SHAMRI 
BIMB - 030 900 100 66 340

No items found.