PEK MAKANAN UNTUK WARGA SEMPORNA

Bantuan untuk yang terjejas pandemik

22 SEPTEMBER 2021 | SEMPORNA, SABAH

Alhamdulillah, para sukarelawan The 3rd Force SABAH telah selamat menyempurnakan amanah Tuan dan Puan untuk menyampaikan PEK BANTUAN MAKANAN kepada beberapa buah keluarga di Semporna, Sabah.

Bantuan PEK MAKANAN merupakan salah satu perkara asas yang diutamakan dalam bantuan kemanusiaan. Akibat tekanan Wabak COVID-19, program ini telah berlangsung secara berterusan di sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Kita tidak dapat bantu semua, tapi ia juga bukan bererti kita tinggalkan terus. Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri/posts/406788270814197

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik     

YAYASAN RAJA SHAMRI 
BIMB - 030 900 100 66 340   


No items found.