Pembinaan Bahagian Depan Rumah Ruslizawati Sempurna Hari ini

Rumah Ibu Tunggal Anak 6

Hari ini Kak Lah sukarelawan The 3rd Force Pasir Mas berkesempatan meninjau rumah Roslizawati yang kita sam-sama bina sejak Ogos lalu. 

Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan bahagian hadapan rumah Roslizawati telah siap sepenuhnya hari ini. 

Bahagian hadapan yang telah siap ini akan dibasuh dan dibersihkan oleh Roslizawati sekeluarga. Pihak 3rd Force Pasir Mas akan cuba mendapatkan tikar getah untuk dipasang dalam rumah ini supaya Roslizawati dan anak-anak dapat berpindah ke bahagian rumah yang telah siap ini. Buat masa ini Liza dan anak-anak tinggal di bahagian dapur yang belum dibaikpulih lagi. 

Kisah Ruslizawati yang ditinggalkan suami dan terpaksa menjaga 6 anak pernah kita kongsikan pada Ogos yang lalu di sini https://www.facebook.com/rajashamri/posts/375583327268025

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana.

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik     

YAYASAN RAJA SHAMRI 
BIMB - 030 900 100 66 340

No items found.