PEMBINAAN RUMAH BAHARU ROSLIZAWATI BERJALAN LANCAR

Rumah Baharu Untuk Ibu Tunggal

Alhamdulillah, pembinaan rumah Roslizawati sedang berjalan lancar.

Kisah beliau yang ditinggalkan suami dan bagaimana anak yang berumur 16 tahun terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik-adik agar ibunya dapat keluar bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya telah sama-sama kita kongsi suatu ketika dulu. Alhamdulillah ramai orang baik-baik datang membantu dan mendoakan.

Kisah Roslizawati https://www.facebook.com/rajashamri/posts/375583327268025

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. 

Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga Allah memberkati semua.  

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     

No items found.