PEMBINAAN TANDAS DAN BILIK KHAIRUL BERMULA

Bilik dan tandas baharu untuk anak syurga

Pembinaan bilik dan tandas baharu untuk anak syurga Khairul di Kampung Batu Karang telah pun bermula. Sebelum ini kita hanya fokus kepada pembinaan tandas sahaja. Walau bagaimanapun, kita bercadang untuk membuat sebuah bilik baharu untuk Khairul memandangkan bilik sekarang hampir reput dimakan anai-anai. 


Pasir dan batu bata sudah dihantar oleh pembekal. Para tukang memulakan pembinaan ini dengan merobohkan bilik yang diduduki sekarang sebelum memulakan kerja-kerja mengikat bata. Pembinaan ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh Yayasan Raja Shamri dan sentiasa dikawal selia oleh sukarelawan The 3r Force Rantau Panjang.

Segala perkembangan mengenai kerja-kerja pembinaan ini akan kita sampaikan dari semasa ke semasa.

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik 


YAYASAN RAJA SHAMRI

BIMB 030 900 100 66 340

No items found.