PENERIMA KAKI PALSU BERJANJI AKAN BERUSAHA DEMI KELUARGA

Bersyukur terima bantuan orang ramai


21 September 2021 | Pasir Mas, Kelantan

Hari ini YM Dr Raja Shamri dalam sesi lawatan Kunjung Kasih berkesempatan menyantuni Azizuddin, salah sorang penerima kaki palsu di bawah Program Bantuan OKU B40 kelolaan Yayasan Raja Shamri.

Beliau telah menerima kaki palsunya pada hari Sabtu yang lalu, setelah melalui beberapa sesi ‘fitting’ yang diselaraskan oleh sukarelawan The 3rd Force Pasir Mas.

YM Dr Raja Shamri yang juga merupakan seorang OKU memberikan kata-kata semangat yang sangat bertepatan kepada Azizuddin.

Azizuddin merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada semua penyumbang yang telah bersama-sama membantu beliau mendapatkan kaki palsu yang baharu. Beliau berjanji untuk bersungguh-sungguh berusaha dalam membina kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Ikuti kisah penuh di https://www.facebook.com/rajashamri 

Terima kasih kepada Tuan Puan para penyumbang di luar sana yang sentiasa bersama-sama dalam membantu kerja-kerja kemanusiaan ini. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik     

No items found.