REMAJA TERIMA KAKI PALSU BAHARU

Nekad untuk bantu keluarga


Wakaf Che Yeh, 18 September 2021

Hari ini merupakan hari yang paling menggembirakan buat seorang remaja OKU yang sama-sama kita bantu iaitu Adik Azizuddin.

Beliau merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua para penyumbang yang telah sama-sama membolehkan beliau mendapatkan kaki palsu yang baharu. 

Semoga Azizuddin terus bersemangat untuk membela nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih baik. 

Ikuti video ucapan Azizuddin https://www.facebook.com/rajashamri/posts/404779141015110

Pengerusi YRS sendiri, Tuan Haji Dr Raja Shamri merupakan seorang OKU. Beliau dilahirkan tanpa sebelah kaki, namun itu tidak menghalang beliau untuk berjaya dalam hidup walaupun berasal dari keluarga miskin penoreh getah. 

Kebanyakan keluarga miskin yang lain tidak mampu untuk menyediakan dan mengikuti perkembangan keperluan anak-anak yang cacat anggota badan yang menelan belanja yang besar. Yayasan Raja Shamri sangat menekankan kepentingan membuka peluang pembinaan diri individu OKU supaya mereka mempunyai kekuatan daya saing keyakinan serta mampu bercita-cita untuk membaiki kehidupan diri dan keluarga.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.


YAYASAN RAJA SHAMRI 

BIMB - 030 900 100 66 340   



No items found.