REZEKI PELAJAR OKU

Pelajar universiti terima bantuan kaki palsu baharu

Beberapa bulan lepas kisah Mior Mohd Firdaus, seorang pelajar OKU yang menetap di Taiping, yang memerlukan kaki palsu baharu telah kita war-warkan dalam laman FB Abang Raja. Akhirnya, hajat Mior untuk memperolehi kaki palsu akhirnya terlaksana.


Mior yang dilahirkan dengan kecacatan di sebelah kaki kanan telah memakai kaki palsu yang sama sejak tahun 2014. Ada bahagian kaki palsu yang longgar dan rosak menyebabkan beliau sukar untuk bergerak dan sering terjatuh. Tambahan pula keadaan ekonomi keluarga yang hanya bergantung kepada pendapatan ayahnya yang bekerja sebagai pemandu am di kem tentera. Untuk menanggung kos pembuatan kaki palsu baharu bukannya mudah.


Abang Raja yang merupakan Pengerusi Yayasan Raja Shamri, juga seorang OKU, sangat memahami kesukaran keluarga berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan anak-anak OKU. Beliau sendiri berasal daripada keluarga penoreh getah, namun tidak menghalang beliau untuk berjaya.


Alhamdulillah, sumbangan Tuan dan Puan yang disalurkan ke Yayasan Raja Shamri dan The 3rd Force, kita telah berjaya menunaikan impian Mior. Sekali lagi kita bekerjasama dengan Nusa Prosthetic untuk bantu membuat kaki palsu baharu bagi Mior. Proses pembuatan dan pemasangan kaki palsu dibuat dengan segera memandangkan Mior perlu kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian ke peringkat sarjana. 


Terima kasih di atas doa dan sumbangan yang Tuan dan Puan berikan. Semoga segala kebaikan kita semua sumbangkan mendapat balasan yang tinggi dari Allah S.W.T.


Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik 


YAYASAN RAJA SHAMRI

BIMB - 030 900 100 66 340

No items found.