SERAHAN MOTOSIKAL RODA TIGA

Keluarga OKU terima bantuan

14 September 2021 | Rantau Panjang, Kelantan

Para sukarelawan The 3rd Force telah menyampaikan sebuah motosikal roda tiga kepada Puan Suriati, seorang OKU yang sedang berusaha untuk membina semula kehidupan keluarganya.

Motosikal roda tiga atau lebih dikenali sebagai ‘coley’ ini akan memudahkan pergerakan beliau disamping mampu membawa bahan jualan untuk dipasarkan ke kedai-runcit berhampiran.

Semoga Puan Suriati kembali bersemangat dalam membina masa depan yang lebih baik untuk keluarga, dan diberi kekuatan untuk lebih tabah dalam mengharungi hari yang mendatang.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Juga terima kasih kita kepada para SUKARELAWAN yang telah bersusah payah menginfakkan masa dan tenaga dalam membantu. Semoga segala kebaikan yang Tuan dan Puan sumbangkan ini mendapat balasan yang lebih mulia dan tinggi daripada Allah SWT. 

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
#jomjadiorangbaikbaik    

No items found.