SOLAT HAJAT POHON KEBERKATAN

Setiap Amal disertakan Doa

27 September 2021 | Pasir Puteh, Kelantan

Pengerusi Yayasan Raja Shamri, YM Dr Raja Shamri telah berkesempatan mengimami solat hajat para tukang dan sukarelawan kita di tapak pembinaan di sini. Beliau juga sempat memberi kata-kata semangat agar jiwa semakin hari semakin kukuh dalam perjuangan membina gelombang kebaikan ini.

Setiap amalakan yang kita mulakan, seharusnya dipanjatkan doa agar keikhlasan kita sentiasa kukuh kepada redha-Nya, diterima  dan dipermudahkan segala urusan berikatan. Dengan doa itu juga kita selitkan harapan semoga kebaikan bersama yang kita usahakan dapat memberi manfaat yang lebih meluas dan pahalanya dikongsi bersama.

Terima kasih kepada semua para penyumbang di luar sana yang tidak putus-putus menyumbang dan berdoa untuk kebaikan semua. Semoga Tuan dan Puan juga dilimpahkan dengan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka, dan berterusan dalam rahmatNya, amin.  

Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.

#jomjadiorangbaikbaik     

No items found.