YAYASAN RAJA SHAMRI REALISASIKAN HASRAT SYAFIQ

'Fitting' Tangan Syafiq Selesai

ULU SELAMA, 28 SEPTEMBER 2021

Tercapai sudah hasrat sekian lama seorang remaja bernama Shafiq untuk memiliki tangan palsu. 

Ketika berusia 12 tahun, Shafiq kehilangan tangan kanannya akibat kecederaan. Beliau telah mendapat bantuan tangan palsu, namun disebabkan pertambahan usia tangan tersebut tidak boleh digunakan lagi.

Setelah hidup sekian lama tanpa tangan kanan, hari ini Shafiq mendapat sumbangan tangan palsu yang ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Raja Shamri. Shafiq amat bersyukur dan sangat menghargai usaha semua pihak yang membantunya. Semoga 'anggota badan' baharu ini dapat memanfaatkan kehidupan pemuda ini.

Terima kasih Pak Komeng, Ibu Laila, Tok Ma, En Badrul dan semua orang baik-baik yang sama-sama berusaha membantu adik Shafiq. Semoga jasa baik yang diberikan oleh kalian akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Jom sebarkan kebaikan.

Together we are the Third Force.

Laporan Asal:
Miss Cheah
Third Force Perak

No items found.