Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

July 2024

Tanah Merah: Kasih seorang isteri, seorang suri rumah sanggup menunggang motosikal sejauh 50 kilometer (km) membonceng suami yang menghidap kanser kulit ke Hospital Tanah Merah di sini, sekurang-kurangnya tiga kali sebulan bagi mendapatkan rawatan. Siti Aminah Biru, 38, gigih membonceng suami, Mohd Nazir Che Othman, 48, di bawah terik panas matahari atau hujan malah turut turut...

Nurul Syuhada sangat gembira bila mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antara Banggsa[UIA] Kuantan, dalam program Foundation In Arabic. Namun dalam gembira, ada kebimbangan, perlu jelaskan bayaran rm 2100 untuk sepanjag pengajian, menyediakan keperluan asas dan laptop. Dimana harus dia dapatkan semua keperluan ini. Inilah yang bermain di fikiranya....

"Aidan, tengok ni ada orang bawa basikal!" Jerit salah seorang kawan Aidan Laju Aidan berlari pulang. Kami tersenyum melihat muka teruja mereka yang disembunyikan disebalik senyuman kecil. Mungkin tak percaya ini basikal mereka, kerana kita tak pernah menyatakan nak beli basikal untuk mereka, apa lagi berjanji. Tidak mahu mereka kecewa jika tak mampu nak hadiahkan basikal...

Mak cik Sepiah Binti Dolah atau lebih mesra disapa Mok Yoh yang kini berumur 86 tahun telah sakit terlantar sejak beberapa tahun yang lepas. Namun beberapa minggu yang lepas Mok Yoh mengalami sedikit kemalangan yang mengakibatkan tulang pahanya patah. Atas faktor usia pihak hospital tidak dapat merawat tulang paha Mok Yoh yang patah itu. Mok Yoh tinggal...

Nurul Izza Fatihah Zulkifle telah menjadi penghuni Rumah Anak Yatim Puteri Harapan, Taman Sabariah, Kota Bharu sejak berumur 13 tahun sehingga tamat tingkatan lima pada awal tahun ini. Ibunya, Puan Norazlina menghantar Fatihah ke rumah anak yatim atas kesempitan hidup dengan harapan Fatihah dapat meneruskan persekolahan dengan baik. Fatihah menjadi yatim apabila arwah ayahnya meninggal secara...

Noor Hakimi, seorang anak yang tidak suka meminta-minta, dan banyak berahsia dengan kami. Tidak suka menyusahkan kita semua. Sangat rendah dan sedar diri. Semasa raya qurban bulan lepas, kami ada ke rumah anak ini, dalam misi agihan daging korban. Kami terlepas pandang masalah anak ini, iaitu bayaran yuran pengajian. Kami berkesempatan bertanya tentang bayaran yang perlu...

Pasir Mas: "Walaupun dia ibu mentua, saya tetap menjaganya seikhlas hati biarpun saya sendiri hanya ada sebelah tangan untuk membantu," kata Siti Hasnidawati Hamzah, 27.  Siti Hasnidawati adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) fizikal kerana cacat tangan kanan sejak lahir, tetapi sanggup menjaga ibu mentua, Siti Rokiah Ibrahim, 50, yang terlantar akibat kanser payu dara. Menurutnya,...

Rantau Panjang: Gelagat pasangan kembar seiras yang saling memberi semangat antara satu sama lain untuk berkhatan menarik perhatian orang ramai dalam Program Berkhatan Sunathon Yayasan Raja Shamri (YRS) di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, di sini, hari ini.   Mereka, Muhammad Adam Haikal Muhammadroso dan Muhammad Eiman Haikal Muhammadroso, 8, sentiasa bersama di sepanjang...

PASIR MAS - Tiada yang lebih menggembirakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), Ibrahim Deris, 42, dari Kampung Banggol Stol di sini, apabila menerima motosikal elektrik sekali gus dapat membantu pergerakannya.   Paling utama motosikal elektrik berharga RM2,500 sumbangan Yayasan Raja Shamri (YRS) itu akan dimanfaatkan untuk berulang-alik ke masjid.   Ibrahim yang kudung kedua belah kaki sejak lahir...