Bantuan Perubatan merupakan salah satu perkara asas yang diutamakan dalam bantuan kemanusiaan. Penerima kebanyakannya terdiri daripada golongan miskin dan berumur, serta tidak mempunyai kemampuan untuk berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan khidmat doktor. Menyedari hakikat bahawa masih ada golongan yang tidak punyai kudrat fizikal atau ekonomi untuk menerima rawatan, YRS berusaha memberi kemudahan asas ubatan & peralatan, disamping perkara berikut untuk manfaat asnaf.
Ambulans khas untuk membawa asnaf dari/ke hospital, ditanggung sepenuhnya oleh YRS dan para penyumbang. Terdapat juga bantuan YRS membantu asnaf yang benar-benar tidak mampu untuk ke klinik/hospital untuk rawatan (mengikut kemampuan TF Kawasan). Keluarga besar THIRDFORCE meliputi pelbagai agensi dan individu di seluruh negara, memudahkan perlaksanaan bantuan
Kos Perubatan ditanggung bersama supaya kebaikan disama rasa.
Jenis Bantuan:
- Logistik
- Biaya Kos
- Bantuan Katil Hospital & Peralatan Sokongan Perubatan
- Ambulans Percuma