Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

Pembangunan Sukarelawan

Program ini menitikberatkan kebajikan para sukarelawan THIRDFORCE dan Yayasan Raja Shamri itu sendiri. Di kalangan sukarelawan sendiri ada yang merupakan golongan yang perlu dibantu. Disamping itu juga, para sukarelawan diberi keutamaan untuk menyertai seminar dan latihan penambahbaikan skil seperti latihan fotografi dan penulisan. Ini bertujuan melengkapkan sukarelawan dengan kemahiran untuk menguatkan lagi penceritaan dan laporan yang dijalankan sendiri di lapangan.

Sukarelawan merupakan aset sebenar sesebuah NGO. Mereka adalah penggerak yang memungkinkan terlaksananya satu-satu bantuan. Kompetensi mereka dalam tugasan akan memastikan proses bantuan sentiasa berjalan dengan lancar dan tersusun. Prinsip Jadi Orang Baik-Baik yang sentiasa diterapkan dalam segala aktiviti YRS serta kemahiran baharu yang diterima dapat diterjemahkan dalam kehidupan dan disebarkan kepada keluarga sekeliling

Kita sedar bahawa sesetengah sukarelawan juga merupakan golongan yang perlu dibantu.

Jenis Bantuan: