Memahami tentang keperluan untuk jati diri dan kemahuan untuk membina dan menaiktaraf kehidupan golongan asnaf, YRS mengusahakan program Bantuan Pembangunan Keusahawanan dengan memberikan bantuan kepada mereka yang layak. Sesetengah golongan yang dibantu mempunyai kemahiran yang boleh dipupuk untuk membolehkan mereka berdiri sendiri menyara hidup dan keluarga. Usaha membebaskan mereka daripada berterusan berharap kepada bantuan untuk hidup ini merupakan salah satu langkah pemerkasaan asnaf yang sangat dititikberatkan.
Di antara bentuk bantuan yang disalurkan ialah PETI SEJUK BEKU, Motosikal untuk kegunaan perniagaan kecil-kecilan, bantuan pembiayaan kos pembuatan lesen serta kos-kos yang lain.
Setiap ASNAF mesti diberi peluang untuk membina keluarga dengan bantuan yang sesuai dengan kebolehan mereka.
Jenis Bantuan:
- Bantuan Peralatan Berniaga
- Bantuan Motosikal
- Bantuan Khemah Perniagaan