Bantuan ini berkhusus untuk umat Islam, terutama yang melibatkan pembinaan infrastruktur serta penambahbaikan surau serta masjid. Menyedari keutamaan tempat beribadat yang sempurna dan kondusif, YRS melaksanakan pelbagai program dan aktiviti keagaamaan untuk penyebaran syiar dan penambahbaikan amalan di kalangan rakyat terbanyak. Ia juga dapat mengurangkan beban terhadap mereka yang tidak berkemampuan, terutama bantuan khairat kematian serta pengurusan jenazah.
Prinsip YRS adalah untuk mengajak semua untuk turut bersama-sama berbuat baik. Kerja-kerja membantu golongan yang memerlukan ini mengandungi mesej dan impak global kemanusiaan sejagat yang didokong oleh setiap manusia yang bernyawa.
Apa yang kita lakukan semua ini bukan lain: segalanya adalah untuk bekal akhirat kita nanti.
Jenis Pembangunan:
- Baik Pulih & Bantuan Infrastruktur
- Ceramah & Kursus
- Khairat Kematian & Pengurusan Jenazah
- Sumbangan Batu Nisan & Belindan
- Program Korban & Akikah Sumbangan Zakat