Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

YAYASAN RAJA SHAMRI ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan untuk memberi inspirasi kemanusiaan dengan berbuat baik, mengajak semua berbuat baik dan meraikan kerja-kerja kebaikan dan kebajikan – mempermudahkan penyampaian bantuan dengan cara telus dan terus tanpa protokol atau birokrasi supaya bantuan diterima dengan pantas demi memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan yang memerlukan.

Yayasan Raja Shamri telah disahkan pendaftaran pada bulan April 2019, dan mula beroperasi secara sepenuhnya pada bulan Januari 2020. Ia mengekalkan prinsip dan matlamat asal The THIRDFORCE iaitu untuk memberi inspirasi berbuat baik kepada semua, serta memberikan bantuan kepada golongan yang terpinggir secara terus dan telus tanpa banyak protokol.

Bagaimana ianya bermula

Pada tahun 2014, telah berlaku banjir besar yang melibatkan kemusnahan pada skala yang amat tinggi di negeri-negeri sebelah pantai timur semenanjung, terutama sekali Kelantan. Musibah yang tidak disangka itu telah mengakibatkan sistem komunikasi dan saluran informasi terputus, yang menyebabkan rakyat panik dan tidak tahu bagaimana untuk meminta atau memberi pertolongan. 

Raja Shamri Raja Husin yang mempunyai pengikut yang ramai serta berada di lokasi kejadian telah memanfaatkan platform media sosial beliau sebagaisaluran maklumat dan mengkoordinasi pelbagai bentuk bantuan yang datang dari segenap lapisan masyarakat dari seluruh negara dan luar negara. Beliau menamakan gelombang kemanusiaan ini sebagai THE THIRDFORCE (Bantuan Ketiga) sebagai membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam misi-misi kemanusiaan.

Skala kemusnahan sangat tinggi dan meluas, dan bantuan yang pada awalnya dirasakan sebagai sementara akhirnya diteruskan membawa ke tahun 2015. Pada tahun 2015 gelombang ini telah didaftarkan sebagai sebuah NGO yang berfokus membantu rakyat yang dilanda kesusahan, tidak tertakluk kepada mangsa banjir. Bantuan kemanusiaan ini berterusan sehingga hari ini.

Dalam masa yang sama, di atas kesedaran untuk meluaskan lagi tema mengajak seluruh rakyat sama-sama berbuat baik, Yayasan Raja Shamri telah ditubuhkan pada tahun 2019, dan berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tema Bantuan : Kebajikan

dengan kumpulan sasar terdiri dari golongan miskin/asnaf, ibu tunggal, warga emas serta golongan kurang upaya (OKU).

Visi & Misi

Visi

Memberi Inspirasi

Kemanusiaan Kepada

Semua

Misi

Konsisten berbuat baik

Ianya bukanlah sesuatu yang mudah namun mengekalkanh kerja baik untuk dilakukan setiap hari sepanjang tahun adalah satu usaha untuk membudayakan "kindness".

raikan kerja baik

Semua kerja baik orang lain juga perlu diraikan kerana itulah juga makna berbuat baik

sebarkan kebaikan

Agar lebih ramai yang terinpirasi untuk juga melakukan kebaikan pada skala masing-masing.

The 3rd Force & Yayasan Raja Shamri

The THIRDFORCE kini bernaung di bawah YRS sebagai cabang bantuan kemanusiaan dan penerima dana terbesar dari YRS.

Sukarelawan THIRDFORCE yang telah lama bergiat dan beroperasi menjadi tunggak penyampaian bantuan kepada golongan sasar.

Kumpulan Penasihat

Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusof

Ketua Penasihat

Dr. Mohd Suhaidin Che Ngah

Penasihat Perubatan

Ustaz Muaz

Penasihat keagamaan

Raja Shamri bin Raja Husin

Aktivis Kemanusiaan

Che Wan Ahmad Faizal

Penasihat Pembinaan dan Arkitek

YS Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab

Penasihat Keselamatan Awam

Tengku Shahrizanny

Penasihat Tadbir Urus Korporat & Audit

YS PPjB Jainal @ Zainal Madasin

Penasihat Kebombaan

Dato Abu Bakar Isa Rahmat

Penasihat Undang-undang
" Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa "
Raja Shamri Raja Husin
Pengerusi Eksekutif

Rakan Strategik

Together We Are Stronger