Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

Bomba buat persiapan hadapi kemungkinan banjir

RANTAU PANJANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir sempena tengkujuh tidak lama lagi.

 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anwar Abu Bakar berkata, pihaknya memantau serta menyusun pelbagai program keselamatan selain menyediakan keanggotaan dan aset keselamatan dalam keadaan bersedia.

 

Katanya, penyusunan dan program turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk yang terdedah dengan banjir.

 

“Kesedaran itu dengan memberi pendedahan melibatkan teknik keselamatan kepada masyarakat agar sentiasa peka dan mampu menyelamatkan diri.

 

“Pelbagai aktiviti awam melibatkan latihan berasaskan masyarakat dan memberi kesedaran bagi menyasar sifar kematian menjelang musim tengkujuh,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan program latihan berasaskan masyarakat di Tasik Kwong, Lubok Stol hari ini.

 

Menurutnya juga Pasukan Bomba dan Penyelamat sentiasa memantau keadaan semasa dan sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku banjir.

 

Kata beliau penting memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan keselamatan bagi mengelak berlaku kes kematian akibat lemas

 

Sumber: Harakah Daily