Hubungi kami :  +6097868787 | info@yayasanrajashamri.org | Isnin – Jumaat / 9:00 AM – 19:00 PM

Pasangan kembar seiras tidak sabar jadi ‘dewasa’

Rantau Panjang: Gelagat pasangan kembar seiras yang saling memberi semangat antara satu sama lain untuk berkhatan menarik perhatian orang ramai dalam Program Berkhatan Sunathon Yayasan Raja Shamri (YRS) di Dewan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, di sini, hari ini.

 

Mereka, Muhammad Adam Haikal Muhammadroso dan Muhammad Eiman Haikal Muhammadroso, 8, sentiasa bersama di sepanjang program termasuk ketika dimandikan menggunakan pancutan air daripada pihak bomba.

 

Ibu mereka, Zawiah Azmi, 33 berkata sejak beberapa hari lalu mereka sering bertanya bila majlis berkhatan akan diadakan kerana tidak sabar untuk melaluinya dan menjadi ‘dewasa’.

 

“Mereka berdua tahu proses ini mungkin menyakitkan namun tetap berani untuk melakukannya. Malah saya ketawa sendirian apabila mendengar mereka saling berbisik memberi kata semangat.