Noor Hakimi, seorang anak yang tidak suka meminta-minta, dan banyak berahsia dengan kami. Tidak suka menyusahkan kita semua. Sangat rendah dan sedar diri.
Semasa raya qurban bulan lepas, kami ada ke rumah anak ini, dalam misi agihan daging korban. Kami terlepas pandang masalah anak ini, iaitu bayaran yuran pengajian. Kami berkesempatan bertanya tentang bayaran yang perlu dijelaskan kepada pihak sekolah.
Mesra di panggil Mimi, maklumkan kepada kami, sebanyak RM 600, perlu dijelaskan. Memandangkan tiada punca pendapatan, anak ini membayar secara ansur-ansur. Malu katanya, belajar tanpa jelaskan bayaran. Walaupun RM 10 akan di bayar, bila ada lebihan wang saku sekolah. Namun jumlahnya jauh lagi untuk mencukupi.
Kami ingin mengajak, kalian semua orang baik-baik, sekiranya ada yang sudi jelaskan bayaran persekolah yang tertunggak ini. Semoga anak ini dapat belajar dengan tenang dan berkat. Ilmu yang berkat itu penting, demi meraih kejayaan
Kadang -kadang kami terfikir, mengapa Allah hadirkan mereka kepada kita. Ya sudah pasti ada ganjaran pahala bersama anak yatim piatu ini. Kepada yang sudi membantu, di dahului ucapan terima kasih, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian, orang baik-baik.