Tanah Merah, 10hb Julai 2024
Nurul Izza Fatihah Zulkifle telah menjadi penghuni Rumah Anak Yatim Puteri Harapan, Taman Sabariah, Kota Bharu sejak berumur 13 tahun sehingga tamat tingkatan lima pada awal tahun ini. Ibunya, Puan Norazlina menghantar Fatihah ke rumah anak yatim atas kesempitan hidup dengan harapan Fatihah dapat meneruskan persekolahan dengan baik.
Fatihah menjadi yatim apabila arwah ayahnya meninggal secara mengejut pada tahun 2016 akibat stroke. Selepas itu tanggung jawab menyara keluarga terletak atas bahu Norazlina yang mencari rezeki dengan menjual kuih. Hasil dari jualan kuihnya Norazlina memperolehi pendapatan sebanyak RM30 sehari.
Fatihah mempunyai empat orang lagi adik beradik. Abangnya yang sulung bekerja kilang, yang kedua bekerja di klinik swasta berhampiran manakala yang lain masih bersekolah.
Fatihah telah mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini. Fatihah telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Bahasa Inggeris Komunikasi Professional di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) Segamat dan perlu mendaftar diri pada 28hb September nanti.
Menurut Norazlina dia menang buntu untuk mencari perbelanjaan persediaan Fatihah mendaftar nanti. Dia tak tahu mana nak cari duit untuk yuran pendaftaran, laptop, kelengkapan diri dan lain-lain untuk Fatihah. Norazlina amat berharap agar Fatihah dapat meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi agar satu hari nanti dia dapat mengubah nasib diri dan keluarga.
Kami di 3rd Force Pasir Mas ingin mengajak orang baik-baik di luar sana untuk sama-sama kita membantu anak yatim ini mengejar cita-citanya.
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK