Soalan Lazim
Humanitarian & Emergency Relief organization adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan operasinya dikawal selia oleh Akta Pertubuhan manakala Yayasan Raja Shamri adalah sebuah Yayasan yang berdaftar dibawah Jabatan Perdana Menteri dan operasinya termaktub dibawah seliaan Akta Pemegang Amanah.
NGO The 3rd Force didokongi oleh para sukarelawan dari pelbagai lapisan masyarakat dan berada di seluruh negara. Ianya bernaung dibawah pengurusan profesional Yayasan Raja Shamri.
Bagaimana untuk join / sertai The 3rd Force:-
The 3rd Force itu adalah satu wave / gelombang. Ianya tidak di gerakkan seperti sebuah organisasi / NGO / pertubuhan / syarikat / parti politik mahupun sebuah persatuan walaupun ianya telah didaftarkan sebagai sebuah NGO. Ianya adalah satu gerakan atau gelombang kefahaman dan kesedaran dalam diri masyarakat untuk sentiasa prihatin dan membantu mereka yang memerlukan dengan cepat dan telus.
So … tak perlu isi borang kerana kita tak ada keahlian / membership.
Bagi yang sudah memiliki kumpulan sendiri / NGO / persatuan /syarikat / organisasi sendiri .. teruskan bersama kumpulan anda / company anda / organisasi anda dan kita semua adalah The 3rd Force …
Nak join maka :-
1. Boleh turun ke lokasi … naik transoport sendiri atau naik bas
2. Boleh tidur di bilik operasi di pasir puteh
3. Bawak mahram jika perempuan utk elakkan fitnah
4. Pergi sendiri ziarah orang miskin dan sebarkan / kongsikan maklumat … siasat kes tu genuine ke tak dan kongsikan
5. Bantu dalam skala sendiri dengan cepat … lead the case
6. Boleh sumbangkan apa sahaja yg ada dlm lingkungan kemampuan masing2 (Kalau kedai printing boleh sumbangkan T Shirt / Kalau berniaga makanan kesihatan boleh postkan … )
7. Datang bagi sokongan di mana The 3rd force berkumpul
8. Datang event2 yang di buat
9. Hebahkan apa sahaja perkara baik di bawah slogan “We are The 3rd Force”
10. Satukan hati2 kita jangan cari salah / dengki / iri hati sesama kita. hubungi mana2 wakil thirdforce jika nak turut serta dlm misi kita … bawa apa sahaja barang sumbangan masing2.
Wallahualam …
Boleh rujuk 10 kluster bantuan di
Yayasan Raja Shamri Foundation
Kita tidak membuka permohonan bantuan. Wakil sukarelaswan TF lah yang akan salurkan maklumat kepada kita tentang kes-kes genuine yang ada berlaku di kawasan masing-masing. Disamping itu pihak jabatan sosial hospital, JKM serta maklumat dari media massa akan menjadi asbab untuk kita pergi menyiasat keaslian kes.
Boleh hantarkan ke :-
YAYASAN RAJA SHAMRI
PT 587 Tingkat 1 Wakaf Lanas
Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu
16800 Pasir Puteh
Kelantan.
TEl.: 09-7868787
Sangat di alu-alukan.
Hubungi Pegawai yang berkaitan 012-3598767 (Ewan)
Hubungi pegawai yang berkaitan (Halimi) di 09-7868787
Kita sudah mendapat kelulusan untuk pengecualian cukai. Sumbangan anda kini layak menerima pengecualian cukai. Sila berhubung dengan Pegawai Kewangan untuk mendapatkan resit atas sumbangan anda.
Ya … YRS adalah amil zakat MAIK yang dilantik. Sila berhubung dengan pegawai berkaitan (Rahimi) untuk urusan zakat.
The 3rd Force; How It Begins
Tiada dalam FAQ
Sebarang persoalan yang tiada di bahagian FAQ boleh sahaja menghubungi kami untuk bertanyakan soalan anda.