Selamat Datang

Yayasan Raja Shamri

YAYASAN RAJA SHAMRI ditubuhkan untuk menaungi kerja-kerja  kemanusiaan NGO The 3rd Force. Ianya diasaskan oleh YM Tuan Haji RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN atau lebih dikenali dengan panggilan  Abang Raja, seorang Pakar Motivasi yang telah hampir 20 tahun terlibat dalam bidang latihan dan motivasi membina jiwa dan dalaman modal insan negara. Beliau yang juga Pengasas gerakan kemanusiaan  The 3rd Force yang bermula sewaktu bah kuning 2014 giat membantu bukan sahaja mangsa banjir malah juga mengetuai program bantuan kemanusiaan pelbagai bentuk di seluruh negara.

Yayasan Raja Shamri ditubuhkan bagi menaungi kerja-kerja kemanusiaan NGO The 3rd Force serta menyediakan platform yang lebih besar ke arah menjadikan program bantuan kemanusiaan yang diusahakan bakal memanfaatkan lebih ramai golongan sasar. 

Raja Shamri bin Raja Husin – Pengerusi & pengasas Yayasan Raja Shamri

Exploring Miracles | Inspiring Humanity

Meneroka keajaiban | inspirasi kemanusiaan

“Ramai yang menerima kesan dari Covid 19 ini samada secara langsung atau tidak. Nyawa pesakit & juga pegawai perubatan, sukarelawan mahupun ahli keluarga semuanya dalam bahaya. Rakyat marhaen yang bekerja dengan pendapatan harian hilang pendapatan untuk sesuap nasi, susu anak, sewa rumah dsbg. Para petani dan peniaga kecil tak dapat menjual hasil usaha masing-masing. Saham akhirat terbuka luas untuk kita semua. Siapa tahu kita juga mungkin memerlukan bantuan orang lain satu masa nanti.”

Get in touch

Leave your name and email below along with what you are looking for in the message box. Or you can call us at 017-387 2232

66098640_10161907691125134_2342843452389064704_o.jpg
Bantuan Kerusi Roda & Anggota Palsu
IMG-20150821-WA0074.jpg
Pembinaan jeti, jalanraya & infrastruktur
f5dc48f1-af77-4826-8871-697747debb8b.jpg
Bantuan Van Jenazah & Pengurusan Jenazah
Bantuan Persekolahan Anak Prihatin (Yatim & Asnaf)
Bantuan Warga Emas
Bantuan Baiki dan Bina Rumah
Bantuan Baju Raya
Sesungguhnya setiap bantuan yang kita hulurkan bukanlah nilaiannya yang penting tetapi keikhlasan kita serta rasa prihatin kita itulah yang menjadikan kita bersatu hati untuk sama-sama membantu. Saya sentiasa dalam sujud dan doa saya mendoakan agar semua yang terlibat menyumbang apa sahaja bantuan untuk program kemanusiaan thirdforce ini agar sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi liku-liku hidup, diberikan kesabaran, didatangkan orang baik-baik dalam hidup, dilipat gandakan rezeki dan dijauhkan dari sebarang bentuk gangguan iblis dan syaitan, jin dan manusia serta sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga Allah berikan kita peluang untuk berjiran di syurga nanti. Wallahu’alam.
Raja Shamri
Pengasas / Pengerusi
COVID 19: Surgical Mask & Hand Sanitizer
IMG_20180527_103545-scaled.jpg
COVID 19: Beras & Pek Barangan Dapur Asnaf

Together WE ARE Stronger

Bantuan Menyeluruh

Pelbagai bentuk bantuan yang menyeluruh dan non-stop bukannya one-shot / one off dan bukannya bermusim

tepat dan cepat tanpa banyak PROtokol atau birokrasi

Kerjasama bersama ketua kampung & Wakil TF kawasan mrmbolehkan agihan dilakukan cepat tanpa banyak protokol dan birokrasi.

penyatuan hati orang baik-baik untuk saham akhirat

Di sini berkumpulnya orang baik-baik untuk bersama sebarkan kasih sayang melalui platform kerja kemanusiaan

membantu tanpa sempadan agama dan bangsa

Bantuan untuk semua kaum, bangsa & agama.

Yayasan Raja Shamri

PT 587 Tingkat 1 Wakaf Lanas

Jalan Pasir puteh-Kota bharu

16800 Pasir puteh KELANTAN.

Tel.: +6 09786 8787 Fax: +6 09 7868788

Whatsapp : 017-387 2232

Raja Shamri & The 3rd Force is featured on Local and International Media as above