"Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa"

Di sebalik kejayaan beliau hari ini, insan ini sebenarnya telah melalui kehidupan yang sangat mencabar, perit dan penuh dengan liku-liku. Namun, pengalaman itu jugalah yang menjadikan beliau lebih tabah, matang dan menjadi dorongan kepada beliau untuk lebih kuat berusaha dalam impiannya membina Negara bangsa melalui kekuatan dalaman modal insan.

Raja Shamri dilahirkan cacat tanpa sebelah kaki, pada 25 Mac 1975 di sebuah kampung di Pasir Puteh, Kelantan dengan keadaan serba kekurangan. Disamping dibesarkan bersama adik-beradik seramai tujuh orang, kecacatan kaki dan tangan yang dialami beliau telah memberikan impak besar dalam hidupnya lantaran kesukaran untuk bergerak, selalu diejek dan sebagainya. Kemiskinan keluarga juga menjadikan beliau sangat terkesan dengan isu-isu kemanusiaan dan kemiskinan yang menjadi titik tolak tertubuhnya The 3rd Force dan juga Yayasan Raja Shamri.
Beliau telah di anugerahkan Tokoh Belia Negeri Kelantan oleh Majlis Belia Malaysia serta Tokoh Wira Rakyat oleh Kerajaan Negeri dan Anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan atas jasa dan pengorbanan beliau menyelaras dan membantu misi banjir.

Bah kuning Kelantan pada tahun 2014 telah tanpa disedari meletakkan beliau sebagai peneraju satu gelombang bantuan yang merentasi sempadan dan yang menyatukan hati-hati jutaan rakyat Malaysia untuk datang membantu tanpa mengira perbezaan warna kulit dan fahaman politik. 

Dengan nama panggilan The 3rd Force, beliau telah mengetuai satu gerakan bantuan awam terbesar dalam Negara, yang sehingga hari ini, masih terus membantu membina dan membaiki beratus buah rumah, jeti, surau, dan masjid, serta memberi bantuan persekolahan kepada anak-anak yatim dan sebagainya.

The 3rd Force merupakan sebuah NGO berdaftar yang telah bertapak bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara seperti di Qatar, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia. Perjuangan beliau hanya satu, – iaitu untuk mengajak semua orang untuk menjadi orang baik-baik.

Tertubuhnya Yayasan Raja Shamri yang menaungi kerja-kerja kemanusiaan The 3rd Force menjadikan Raja Shamri sebagai ikon Orang kurang upaya (OKU) yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan bukan sahaja bersifat domestik malah menyeluruh ke seluruh negara. 

Beliau bukan sahaja menyeru orang ramai untuk menjadi baik, memberi inspirasi kepada jutaan anak muda tetapi juga membuktikan kata-katanya dengan turun sendiri membantu asnaf dan orang miskin di seluruh negara. Kata-kata yang sering menjadi pegangan hidup beliau ialah “Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yang berusaha luar biasa.

Penglibatan Dalam Industri
Pengasas
The Humanitarian and Emergency Relief Organization (The 3rd Force)

Member of the Industrial Advisor Panel (Industrial Senate) | Universiti Tenaga Nasional

Ikon Belia Negeri Kelantan 2015 | Majlis Belia Kelantan, Kementerian Belia dan Sukan

Wira Rakyat 2015 | Awarded by the Kelantan State Government

Training Consultant for
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) EconomicPlanning Unit (UPEN), Prime Minister Department Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Malaysian Palm Oil Board
Pejabat Istana Negeri TerengganuAgensi Pengurusan Bencana Negara Institut Tadbiran Negara (INTAN)

Member of
International Association of Volunteers Effort (IAVE) International Coach Federation (ICF)National Federation of NLP (NFNLP) Malaysian Institute of Management (MIM)Malaysian Institute of
Human Resource Management (MIHRM)Institute of Marketing Malaysia (IMM) Malaysian Institute of Corporate Governors (MICG)