Kluster Makanan memberi tumpuan kepada usaha membantu mereka yang sedang berdepan kesempitan hidup dengan menyalurkan bekalan makanan dan keperluan harian. Kami percaya bahawa setiap pek makanan yang disampaikan bukan sekadar mengisi perut, malah membawa harapan serta mengukuhkan semangat untuk terus menghadapi kehidupan.
Dengan sokongan masyarakat, Yayasan Raja Shamri terus berusaha memastikan tiada keluarga yang dibiarkan menghadapi kelaparan sendirian.
Alhamdulillah, sebanyak 25 keluarga asnaf di Kamunting menerima sumbangan kotak makanan sempena Aidilfitri hasil keprihatinan para penyumbang Yayasan Raja Shamri yang disampaikan o