Selamat Datang Ke YAYASAN RAJA SHAMRI

Yayasan Raja Shamri merupakan sebuah organisasi bukan keuntungan yang komited memperkasakan masyarakat melalui pelbagai inisiatif kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti. Berlandaskan nilai kasih sayang, integriti dan semangat kesukarelawanan, kami berusaha memastikan setiap bantuan yang disalurkan memberi impak yang berkekalan kepada mereka yang memerlukan.

Bersama slogan “Jom Jadi Orang Baik-Baik”, kami percaya setiap kebaikan yang dilakukan hari ini mampu mengubah kehidupan seseorang dan membina masa depan yang lebih sejahtera untuk generasi akan datang.

Jom Orang Baik – Baik

Bersama Menyebarkan Kebaikan

Menyampaikan Bantuan Dengan Amanah

Setiap bantuan yang disalurkan merupakan amanah daripada para penyumbang kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kami memastikan setiap sumbangan sampai kepada penerima dengan telus, berkesan dan penuh rasa tanggungjawab.

Menyantuni Dengan Kasih Sayang

Bagi kami, kebajikan bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga menyantuni insan dengan kasih sayang, mendengar keperluan mereka dan menghadirkan harapan agar tiada sesiapa yang merasa dipinggirkan.

Perkembangn Terkini

“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat bersalin secara normal. Terima kasih atas doa-doa dan the power of sedekah. Saya akan terus istiqamah membantu team Abang Raja bersedekah.”
Hamba Allah
Perkongsian Penyumbang
“Selepas bersedekah kepada The 3rd Force, saya disahkan hamil pada bulan yang sama. Setelah lama menanti zuriat, Alhamdulillah anak saya selamat dilahirkan. Syukur atas rezeki yang tidak disangka.”
Hamba Allah
Perkongsian Penyumbang
“Selepas lama mencari kerja, saya berniat memberi sedikit sumbangan. Selepas membuat pindahan, saya menemani kakak ke tempat kerjanya dan Alhamdulillah saya turut diambil bekerja. Rezeki Allah mungkin datang daripada apa yang kita usahakan.”
Hamba Allah
Perkongsian Penyumbang

Bersama Kita Ringankan Beban Mereka

Setiap sumbangan, sekecil mana pun, mampu membawa perubahan kepada mereka yang memerlukan. Bersama, kita boleh membantu lebih ramai insan menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Yayasan Raja Shamri

Sebuah organisasi kebajikan yang komited membantu golongan memerlukan melalui program bantuan, sokongan komuniti dan sumbangan berterusan.

Pautan Pantas

Mengenai Kami
Kluster Bantuan
Galeri Aktiviti
Sumbangan
Hubungi Kami

Hubungi Kami

Telefon: 017-387 2232
Emel: rshamri@hotmail.com
Alamat: PT 587, Tingkat 1, Wakaf Lanas, Jalan Pasir Puteh–Kota Bharu, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Ikuti Kami

Facebook: rajashamri
TikTok: rajashamri
Instagram: rajashamri_official

© 2026 Yayasan Raja Shamri. Hak Cipta Terpelihara.