Alhamdulillah… hari ini sukarelawan The 3rd Force (TF) berpeluang bertemu dengan Adik Haikal di Semerak, Pasir Puteh bagi menyampaikan amanah daripada orang-orang baik berupa sebuah komputer riba (laptop) yang amat diperlukan untuk kegunaan pengajiannya.
Sebelum ini, kisah Adik Haikal yang masih bersedih kerana baru kehilangan ayah, insan yang menjadi tunjang keluarga, telah mendapat perhatian ramai. Dalam keadaan masih berduka, beliau perlu pula membuat pendaftaran di Politeknik Besut untuk meneruskan cita-citanya. Kisah tersebut akhirnya menyentuh hati para penyumbang di Yayasan Raja Shamri.
Syukur Alhamdulillah, hari ini kami dapat melihat sendiri senyuman yang terukir di wajah Adik Haikal. Jelas terpancar rasa lega dan gembira, seolah-olah beban yang dipikul selama ini telah menjadi jauh lebih ringan.
Abg Raja sebenarnya sangat berhajat untuk bertemu sendiri dengan Adik Haikal. Namun, atas kekangan jadual yang padat, beliau telah mengamanahkan sukarelawan Abe Ise untuk mewakili beliau menyampaikan sumbangan laptop ini. Adik Haikal kini telah pun lebih sebulan memulakan pengajian di Politeknik Besut, dan pada hari Sabtu lalu sukarelawan TF meluangkan masa menziarahi beliau.
Kami juga sempat berbual bersama ibu Adik Haikal yang turut hadir dalam pertemuan tersebut, bertanya khabar selepas pemergian suami tercinta. Menurut beliau, kini segala tanggungjawab keluarga dipikul sepenuhnya oleh abang kepada Adik Haikal yang bekerja di sebuah kedai perkakasan (hardware). Satu pengorbanan yang cukup besar apabila seorang abang sanggup menangguhkan hasrat untuk membina rumah tangga demi memastikan dapur keluarga terus berasap dan adik-adiknya dapat meneruskan persekolahan serta pengajian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang sentiasa istiqamah bersama Yayasan Raja Shamri. Sumbangan kalian bukan sekadar sebuah laptop, tetapi telah mengembalikan harapan, memberi kelegaan dan menceriakan hati sebuah keluarga yang sedang diuji.
Keluarga ini turut menitipkan doa agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan para penyumbang sebagaimana kalian telah mempermudahkan urusan mereka. Semoga Allah melimpahkan rezeki yang luas, keberkatan yang berpanjangan serta membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Abe Ise
Saing Abang Raja Jak Kecik
Ketua Koordinator
3rdForce Pasir Puteh
Jom jadi orang baik-baik.
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments