Adik Anis, bekas pelajar MRSM Besut dan anak kepada seorang pengawal keselamatan, berjaya membuktikan bahawa kesusahan hidup bukan alasan untuk mengalah. Berkat usaha dan kegigihannya, beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dan kini telah diterima melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Kelantan.
Sudah hampir sebulan Adik Anis mendaftar sebagai pelajar matrikulasi. Segala perbelanjaan awal ditanggung hasil sumbangan daripada saudara-mara yang prihatin. Namun, masih ada satu keperluan penting yang belum mampu dimiliki, iaitu sebuah komputer riba (laptop) bagi memudahkan urusan pembelajaran.
Lebih menyentuh hati, Adik Anis juga menghidap Hereditary spherocytosis, iaitu sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan sel darah merah mudah rosak. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada limpa serta menyebabkan pembentukan batu karang pada hempedu, dan memerlukan pemantauan serta rawatan berkala.
Marilah kita bersama-sama membantu merealisasikan impian Adik Anis. Semoga sumbangan kecil daripada orang baik-baik dapat menghadiahkan sebuah laptop untuk kegunaan beliau meneruskan pengajian dan mengejar cita-cita.
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan membuka lebih banyak pintu rezeki buat para penyumbang. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini. Moga Allah SWT membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Apa – apa pertanyaan lanjut boleh rujuk mana – mana sukarelawan 3rdForce kawasan. Kita bantu mereka yang terbeban hari ini, ALLAH akan bantu pula kita bila tiba hari kita memerlukan.
Abe Ise
Saing Abang Raja Jak Kecik
Ketua Koordinator
3rdForce Pasir Puteh
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments