Aktiviti

Kalau ada siapa-siapa beritahu budak kampung dari Tebing Tinggi, Pasir Puteh yang dilahirkan tanpa sebelah kaki kanan bahawa suatu hari nanti dia akan berdiri di pusat latihan tentera di negara asing untuk mengikuti latihan asas terjun payung…Saya sendiri mungkin sukar mempercayainya.Masa kecil dahulu, saya hanya...

Tarikh : 19 Jun 2026

Lokasi : Semerak, Pasir Puteh.

Bilangan Penerima :-

SEMERAK, PASIR PUTEH – Selepas menunaikan solat fardhu Maghrib di Pantai Bisikan Bayu, Dalam Rhu, Semerak, malam ini diteruskan dengan satu sesi perkongsian ilmu yang cukup bermakna sebagai pengisian program Latihan Luar dan Community-Based Disaster Risk Management (CBDRM) melibatkan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah.

Tarikkh : 21 Jun 2026

Lokasi : Pasir Puteh

Bilangan Penerima : –

Sumbangan dari kalian semua banyak mengenyangkan perut anak-anak kecil kelaparan, meringankan beban mereka yang bersusah payah mencari rezeki kais pagi makan lagi, kais petang makan malam dan banyak lagi insan yang susah dan memerlukan.

Tarikkh : 22 Jun 2026
Lokasi : Rantau Panjang, Kelantan
Bilangan Penerima : Adik Alif dan Keluarga

Abang Raja bersama sukarelawan The 3rd Force Rantau Panjang ditemani oleh Kak Mah telah menyantuni dan menyalurkan segera amanah yang kalian para penyumbang dan orang baik-baik titipkan buat seorang insan yang sedang diuji dengan penyakit kanser, iaitu Adik Alif.