Kemajuan Baik Pulih Rumah Sukarelawan 3rd Force Pasir Mas
Kg Tok Rusa
Alhamdulillah, selepas kami berkongsi kisah saudara Awang Mat @ Sepu, sukarelawan 3rd Force Pasir Mas yang tinggal di rumah uzur dan memerlukan bantuan bahan binaan, ramai insan berhati mulia tampil menghulurkan sumbangan.
Hasil keprihatinan para penyumbang, sebahagian bahan binaan telah berjaya disediakan. Tanpa berlengah, Sepu bersama anak lelakinya terus bergotong-royong memulakan kerja-kerja membaik pulih rumah mereka dengan penuh semangat dan harapan.
Namun, perjalanan ini masih belum selesai. Bahan binaan yang diperlukan masih belum mencukupi untuk menyiapkan keseluruhan kerja baik pulih rumah tersebut.
Justeru, kami di 3rd Force Pasir Mas dengan rendah hati mengajak seluruh masyarakat yang budiman untuk bersama-sama meneruskan misi kebajikan ini. Semoga dengan sedikit sumbangan daripada kita, sebuah rumah yang lebih selamat dan selesa dapat dihadiahkan kepada seorang sukarelawan yang selama ini banyak berbakti membantu orang lain.
Apabila orang yang selalu membantu orang lain memerlukan bantuan, marilah kita berganding bahu untuk membalas jasa dan pengorbanannya.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah SWT.
Kak Lah, Abe Pu & Team 3rd Force Pasir Mas
3rd Force Pasir Mas
Aktiviti kami juga boleh diikuti di
INSTAGRAM
Klik link di bawah untuk 6mengikuti kerja-kerja kemanusiaan ini
LANGGAN MAILING LIST MINGGUAN PERCUMA
YAYASAN RAJA SHAMRI
BANK RAKYAT – 1102 0743 45
Shortcode doesn't exist
No Comments