Tarikkh : 22 Jun 2026
Lokasi : Rantau Panjang, Kelantan
Bilangan Penerima : Adik Alif dan Keluarga
Sebelum hadirnya Alif, ibunya Radiah pernah mengalami keguguran dan pernah lahirkan seorang anak ,namun Allah lebih sayangkan anak itu. Meninggal dunia,kerana kelahiran pra matang.
Bahagia tak terkata,bila mengandungkan Alif,Namun, kebahagiaan itu tidak lama.
Ketika usia Alif baru mencecah 7 bulan, dia mula kerap menangis tanpa henti,selalu tidak sehat,kepala membesar bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Tubuh kecilnya sering lemah ,kepalanya membesar luar biasa, matanya sayu seperti menanggung sakit yang tidak terucap. Hati ibu mana yang tidak resah,akhirnya mereka membawa Alif ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hari itu menjadi titik perubahan hidup mereka. Setelah menjalani pemeriksaan rapi. Ujian air tulang belakang dan sum-sum,Doktor dengan wajah serius mengesahkan,Adik Alif menghidapi kanser saraf,yang turut menyerang tulang belakang.
Dunia mereka seakan runtuh,tiada kata terucap,hanya air mata laju membasahi pipi.
Sejak hari itu, hospital bukan lagi tempat asing. Ia menjadi rumah kedua buat Alif dan keluarganya. Bunyi mesin, bau ubat, dan tangisan anak kecil lain menjadi rutin harian yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini.
Alif yang kecil itu terpaksa menjalani rawatan kemoterapi. Tubuhnya yang masih bayi diuji dengan kesakitan yang besar. Setiap kali kimo dijalankan, dia akan menangis, meronta,seolah-olah meminta dilepaskan dari semua kesakitan itu. Rambut halusnya mula gugur sedikit demi sedikit.
Ibunya hanya mampu memeluk dan menangis dalam diam.
Bapanya pula kuat di luar, tetapi hancur di dalam.
Demi Alif, si ayah sanggup berulang-alik ke Hospital HUSM,Kubang Kerian meninggalkan kerja dan akhirnya terputus punca rezeki. Namun baginya, tiada yang lebih penting selain nyawa anak tunggalnya itu.
“Tak apa… asalkan Alif sembuh,” katanya perlahan setiap kali ditanya. Ibunya bekerja sebagai pembantu pra sekolah. Jika keadaan Alif masih lagi tidak ada perubahan, kemungkinan Radiah terpaksa cuti tanpa gaji,memandangkan semua cutinya telah habis digunakan.
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Kini,ayah kepada adik Alif,tidak dapat mencari rezeki kerana adik Alif perlu penjagaan yang rapi,dan sering ulang alik ke hospital. Punca rezeki mereka terputus,hanya mengharap gaji bulanan Radiah yang tak seberapa.
Hari berganti hari,minggu berganti minggu,kini Alif sudah menjalani 6 kali kimoterapi, Allhamdulillah ada perubahan. Keadaanya semakin baik,namun tubuh kecilnya masih berjuang. Pembesaran Alif tak seperti anak-anak lain diluar sana. Masih lagi tidak dapat berjalan. Tidak makan,hanya bergantung pada susu khas,yang mana harganya agak mahal.
Walaupun lemah, kadang-kadang Alif masih mampu tersenyum. Senyuman kecil yang cukup untuk menguatkan hati kedua ibu bapanya. Senyuman itulah yang menjadi harapan,bahawa anak kecil itu masih mahu terus hidup.
Setiap malam, ibunya berdoa tanpa jemu.
“Ya Allah… panjangkan umur anakku. Ambil semua sakit ini, gantikan dengan kesihatan…”
Dan di sisi katil hospital itu, seorang ayah setia menunggu, memegang tangan kecil anaknya,seolah-olah tidak mahu melepaskan.
Alif,seorang pejuang kecil.
Walaupun baru mengenal dunia, dia sudah diuji dengan ujian sebesar ini. Namun dalam kesakitan,dia mengajar erti kekuatan. Dalam tangisan,dia memberi harapan,dan dalam diam,dia masih menjadi sebab,sebuah keluarga terus bertahan.
Semoga adik Alif terus kuat,dan ada keajaiban untuknya. Kedua ibubapa Alif adalah insan terpilih oleh Allah untuk diuji. Betapa kami kagum dengan ketabahan suami isteri ini. Sentiasa berfikiran positif. Sentiasa patuhi saranan doktor,menjaga kebersihan dalam dan luar rumah demi adik Alif.
Sesungguhnya setiap titisan air mata dan kesabaran mereka adalah pahala besar di sisiNya. Teruslah kita mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Sebarkan kebaikan, jauhi kebencian “JOM JADI ORANG BAIK BAIK”.DAN kongsi posting ini sebanyak mungkin,agar ramai yang dapat manfaatnya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
Kak Mah 3rd force Rantau Panjang/Tanah Merah/Jeli
https://wa.me/60129492923
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank LP Rakyat)
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
No Comments