June 25, 2026
Tarikkh : 21 Jun 2026
Lokasi : Pasir Puteh
Bilangan Penerima : –
Sumbangan dari kalian semua banyak mengenyangkan perut anak-anak kecil kelaparan, meringankan beban mereka yang bersusah payah mencari rezeki kais pagi makan lagi, kais petang makan malam dan banyak lagi insan yang susah dan memerlukan.
Sumbangan kalian terus menerus banyak membantu kelansungan hidup bagi mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan bebanan bertambah , kurang upaya dan terlantar sakit.
Bantuan pek makanan merupakan salah satu perkara asas yang diutamakan dalam bantuan kemanusiaan dan telah berlangsung secara berterusan di sepanjang tahun.
Kita tidak dapat bantu semua, tapi ia juga bukan bererti kita tinggalkan terus.
Walaupun pek makanan ini ada kalanya nampak kecil dan dilihat cuma sebagai penyelesaian segera yang tidak kekal, ia tetap memberi kebaikan kepada kedua-dua pemberi dan penerima.
Mereka yang menerima bukan sekadar mendapat bahan makanan asas seperti beras atau garam itu sahaja, malah mereka mendapat kesedaran harapan bahawa masih ada lagi insan yang cakna dan prihatin terhadap insan yang lain.
Ia beri kekuatan dan keazaman untuk mendoakan yang baik-baik kepada penderma. Ruang kebaikan dan sangka baik terbuka luas, pengharapan disucikan doa dipanjatkan.
Sebarkan kasih sayang, jauhi kebencian.
Untuk sama-sama membantu pelbagai program bantuan Yayasan Raja Shamri dan Thirdforce sumbangan boleh di salurkan ke akaun YAYASAN RAJA SHAMRI seperti berikut:-
Sumbangan Am :-
No akaun : 1102074345
Nama Akaun: YAYASAN RAJA SHAMRI
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
Atau klik link FPX / Toyyibpay di bawah :
atau
Akaun Khusus Untuk Sumbangan Zakat dan Fidyah:-
YAYASAN RAJA SHAMRI
CIMB Islamic Bank Cawangan Machang Kelantan
No Akaun: 860 4333 655
h/p : 017-3872232
email : rshamri@hotmail.com
***************************
Yayasan Raja Shamri tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan sumbangan atau bantuan.
Segala urusan hanya melalui saluran rasmi yayasan.
Berhati-hati dengan scammer yang menyamar menggunakan nama YRS.
Yayasan Raja Shamri telah mendapat kelulusan dari LHDN untuk para penyumbang mendapat pelepasan cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 disamping kita juga adalah Amil Zakat MAIK yang dilantik sejakj 2021.
Wallahualam.
*Kongsikan posting ini sejauh mungkin moga ada sinar rezeki buat mereka yang memerlukan, insya ALLAH ada saham akhirat dan pahalanya disebalik sedikit usaha kecil kita.
Shortcode doesn't exist
No Comments