Laptop Untuk Ema

Alhamdulillah, hasil sumbangan daripada orang ramai yang prihatin, hari ini kami sekali lagi berpeluang mengunjungi rumah Ema untuk menyerahkan sebuah laptop bagi kegunaannya sepanjang pengajian.
Sumbangan laptop ini pastinya dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran beliau apabila memulakan kehidupan sebagai pelajar.
Ema yang kelihatan amat terharu dan bersyukur atas bantuan yang diterima telah meluahkan rasa penghargaan kepada semua penyumbang. Selain laptop, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan wang tunai bagi membantu keperluan awal beliau di kampus.
Ema bersama keluarganya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan bantuan. Mereka turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keberkatan, melimpahkan rezeki serta mempermudahkan segala urusan para penyumbang yang budiman.
Semoga Ema berjaya dalam pengajiannya dan terus cemerlang pada masa hadapan.
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK
Kak Lah, Abe Pu & Team 3rd Force Pasir Mas
3rd Force Pasir Mas
Aktiviti kami juga boleh diikuti di
Klik link di bawah untuk 6mengikuti kerja-kerja kemanusiaan ini
LANGGAN MAILING LIST MINGGUAN PERCUMA
YAYASAN RAJA SHAMRI
BANK RAKYAT – 1102 0743 45

No Comments

Post a Comment

Shortcode doesn't exist